top of page
Writer's pictureJW Sports Physio

KECEDERAAN MENISCUS


MENISCUS Juga dikenali sebagai tulang rawan adalah salah satu fibrocartilage yang terletak pada sendi lutut berfungsi sebagai #kusyen untuk menyerap hentakan, mengurangkan geseran pada sendi lutut dan lain-lain lagi. Kecederaan Meniscus paling kerap berlaku semasa sukan yang melibatkan daya putaran yang kuat ketika anda mengubah arah pergerakkan secara pantas atau tiba-tiba, #berhentisecaramengejut, #mengubahkelajuan ketika berlari, #pertembungan atau #melompat. .

Tanda-tanda kecederaan Meniskus adalah apabila anda mendengar bunyi ‘pop’ pada sendi lutut ketika berlaku kecederaan, #lututbengkak dan menjadi ketat, #pergerakkanterhad dan sakit ketika mencangkung atau menaiki tangga. .

Antara sukan yang paling paling kerap menyebabkan kecederaan Meniscus adalah bola sepak, futsal, bola tampar, rugbi dan badminton. .

Rawatan untuk mengenalpasti kecederaan biasanya ialah #X-Ray (tulang), Magnetic Resonance Imaging MRI (tisu lembut ie ligamen) dan/atau Gelombang Bunyi (Ultrasound) untuk memeriksa kecederaan pada tendon, ligamen dan otot lutut. .

Biasanya, kecederaan Meniscus dirawat melalui rehabilitasi fisioterapi. Ia membantu untuk:

- Mengurangkan sakit dan bengkak. - Menguatkan otot-otot - Menambahbaik proprioception, ketangkasan dan keseimbangan. - Mengurangkan risiko kecederaan sesulan.


Sila Hubungi kami jika terdapat sebarang pertanyaan 017-6827722 (总店-Tebrau Sports Centre) 07- 5224895 / 018-9103766 (分店- Sutera Branch) https://wa.me/60176827722 https://wa.me/60189103766 infojwsports@gmail.com

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page